Wednesday, July 21, 2010

saya maw cerita ni ....

Salam...
Alhamdulillah,hari ni merupakan hari yang producktif la juga bagi aku. Minggu ni dah start klinikal.Semalam aku hanya berklinik di KASP (klinik audiologi dan sains pertuturan,UKM). Semalam sepatutnya aku mendapat seorang patient dewasa yang ada masalah hearing aid. Sayangnya, patient aku tak datang. Sejak Sabtu lagi aku bersiap mem'prepare'kan diri dengan ilmu berkaitan hearing aid. Aku belum ada apa2 lagi kelas mengenai hearing aid. Jadi, terpaksa baca sendiri serba sedikit. Punya la gabra tak tahu nak cakap macam mana dah. Malam semalam, patient aku mesej, dia tak boleh datang, ada kerja. Hmmmm....rasa terkilan jugak. Tapi semua benda Allah bagi ada kebaikannya. Semalam aku rasa demam makin teruk. So terus aku tutup buku, aku rehat. Alhamdulillah hari ni dah sihat sikit.

Seminggu ada 3 kali klinik. Hari isnin aku di Putrajaya, Selasa di KASP dan Rabu di Serdang. Masa mula2 dapat tahu placement masing2, students semua pening fikir mcm mana nak pergi hospital yang gila jauh. Mujur la supervisor dah beritahu yang kereta UKM disediakan bagi student yang perlu pergi ke Hospital Putrajaya dan Serdang. Untuk HUKM boleh naik bas UKM jer. Bagi Selayang kena usaha sendiri. Rasa macam nk melompat ja. Alhamdulillah kerja aku dimudahkan. Jimat duit lagi.Hehe

Hari ini aku di Hospital Serdang. Fuh !!! Gilerr kentang !!! Keadaan di hospital sangatlah tak sama dengan apa yang aku praktikkan di klinik. Di hospital mesti set kepala otak dengan prinsip 'redah aja' or anything can happen. Memg tak ada masa nak fikir panjang pun. Dapat patient, read patient's file, buat plan (5 saat kot) , call patient (mcm nurse jerit2 tuh...haha malu gila). Kebetulan hari Rabu memg hari busy sedunia Hospital Serdang,jd kami pun agak panic tp still terkawal. Patient saya hari ini haya 3 orang which is boleh tahan. Hehe.Kami bertiga ni masih lagi freshman, so bahagian audiologi hari ini terlambat sikit sebab sambil assess patient, kena jawab soalan supervisor lg, kena jawab soalan patient lg, discuss lagi.Tp best !!!! Hopefully ke 'best' an ni berterusan.Hehe.Paling best,hari ini saya dapat patient pediatric sorang. Dah lama tunggu nak main dengan budak, selalu dapat patient adult yang baik ja.Hehe.Overall saya puas hati dengan session hari ini. Harap2 lepas ni boleh improve lagi. Especially bahagian nk interview patient punya case history dan feedback time last dekat patient.

Rasa mcm hilang darah ja masa kena explain dekat patient. Sambil explain sambil berdoa supaya patient ni tak tanya soalan pening2 masa aku explain. Tak faham pun buat2 faham ja. Tp patient aku hari ni tanya soalan gempak siot !!! Berpeluh nak jawab. Boleh la sikit2.Supervisor pun heran, belajar mana ni. Dia pun tak pernah belajar theory aku explain kat patient. Hmmm paham2 jer la. =>. Tak pa,yang penting confident. Muka maw pandai cover. Tak pa la sekali sekala jd hipokrit.Hehe


See yaa !!! Wish me luck ok....

Penatnya !!!