Thursday, July 30, 2009

Berita Harian ( 30.7.09 )

Ibu bapa dinasihat bawa anak pulang


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semalam meminta ibu bapa yang anak mereka belajar di IPT yang mempunyai kes atau disyaki ada kes jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1), membawa pulang anak mereka.

Keputusan itu dicapai pada persidangan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak, berkata bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka akan dibantu pengurusan IPTA masing-masing.


"Perkara ini mendapat perhatian semua Naib Canselor dan Rektor pada mesyuarat itu kerana sudah ada beberapa kampus universiti yang berdepan masalah ini," katanya dalam kenyataan, semalam.


Sementara itu, lapan IPT, sebuah kampus pengajian, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lima sekolah ditutup semalam dan kelmarin selepas beberapa pelajar dikesan dijangkiti H1N1.

IPT terbabit adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak; Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan dan enam di Johor, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin (Johor Bahru); Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing (Mersing); ILP Ledang (Muar); ILP Pasir Gudang (Johor Bahru), Kolej Radiography (Johor Bahru) serta Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang.

Kampus pengajian yang ditutup adalah kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang manakala PLKN terbabit adalah kem Sekakap, Mersing, Johor dan kem Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Sekolah yang ditutup, Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batang Padang, Bidor, Perak; Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru di Taman Johor Jaya, Johor dan Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor, Selangor.

Selain itu, beberapa sekolah, institusi pendidikan, latihan dan PLKN dikuarantin berikutan penularan wabak itu.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putera dan SK Petaseh di Jelebu; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemas; Sekolah Menengah Teknik Seremban dan Politeknik Port Dickson, di Negeri Sembilan manakala PLKN terbabit, di Port Dickson dan Kuala Pilah serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Rembau, Negeri Sembilan.

Sebuah lagi kolej pengajian yang dikuarantin adalah Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. ( ini penting...muahaha )

Nasihat aku: Ibu bapa tinggalkan anak anda di situ....Jgn bawak pulang...Virus lebih senang merebak...Kesian org yg tak bersalah....haha

babi menyerang 4 - day 3 in quarantine zone

Salam...entry ni sepatutnya berada ni atas blog indah ini pada tarikh 29.7.09...tp atas kemalasan penulis....so dia biar ja menatang ni dlm draft....haha....so means dah 3 hari kami kena kuarantin....actually kuarantin ni best sgt...kalo sesapa yg kena kuarantin, aku nasihtkan, jgn limitkan hidup anda....gunakan segala teknology serta jaringan wayar bebas (wireless la...) serta kudrat anda untuk menghadapi hari2 bermakna anda smua di dlm kuarantin zone...

Disini aku ada satu berita penting untuk tuan2 dan puan2 di luar sana.....petang tadi, pengetua kolej aku, Dr Rozita telah mengumumkan yg esok (ari ni la...30 july) kami telah bebas dari kuarantin....so sapa2 yg rasa nk balik tuh, bolei la belah tepat jam 9pg esok ( ari ni)...

So hingga ke hari ni apa yg aku wat ...ari ke - 2 kuarantin, aku n kengkawan juz main2 jer kat kwsan kolej...main badminton..pinjam kwn punya...2 btg sepolo hengget....haha...yg sedihnya...guna shuttelcock yg daif gila.....ayam pun malu nk ngaku yg tuh bulu dia....huhu....pastuh mlm tuh kami lepak dekat court badminton.....geng 5 budak nakal.....main baling selipar guna bola....pastu time ngah mlm, tgk movie secara berjemaah....oit x study ka.....tarak....buku aku kena kuarantin....huhu....pastuh ada kes gak time kuarantin ni...ada budak2 yg akal pendek.....wak lu btol....panjat pagaq nk lari....tp depa kena cekup n dibuang kolej...lantak la....lg senang...da kurang vitamin sgt.... sapa suruh....

ari ke 3 pun sama gak....tapi ari ni semangat dia lain skit....da mula positif thinking ...kami smua da bolei terima yg kami bakal menghabiskan sisa2 hidup di kolej ni...hahaha....so hari ni hepi2 jer....time ptg ada kena isi borang...sapa2 ada simptom, sila tnda dgn jujur.....n ptg tuh la pengetua luah segala perasaan kesal dia...coz ada student yg berani antaq mesej tak puas hati....gila biadap n kurang ajar.....

n mlmnya...mcm besa...smua turun gelanggang.....men futsal n galah panjang (toi)...n kami gak telah lutut ke lutut bersepakat tak maw balik rumah walopun da dpt cuti sampai 2ogos...berkorban untuk keluarga..... eceh....

dan bermula saat ni...setiap entri baru dah dak stat title kena samak...smua back to normal....haha...alhamdulillah....

...kenangan indah dlm zone kuarantin selama 3 hari...