Thursday, July 30, 2009

Berita Harian ( 30.7.09 )

Ibu bapa dinasihat bawa anak pulang


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) semalam meminta ibu bapa yang anak mereka belajar di IPT yang mempunyai kes atau disyaki ada kes jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1), membawa pulang anak mereka.

Keputusan itu dicapai pada persidangan Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA, yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, semalam.

Pengerusinya, Tan Sri Prof Dzulkifli Abdul Razak, berkata bagi pelajar dari Sabah dan Sarawak, mereka akan dibantu pengurusan IPTA masing-masing.


"Perkara ini mendapat perhatian semua Naib Canselor dan Rektor pada mesyuarat itu kerana sudah ada beberapa kampus universiti yang berdepan masalah ini," katanya dalam kenyataan, semalam.


Sementara itu, lapan IPT, sebuah kampus pengajian, dua Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan lima sekolah ditutup semalam dan kelmarin selepas beberapa pelajar dikesan dijangkiti H1N1.

IPT terbabit adalah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak; Kolej Yayasan Profesional Mara (KYM) Pahang di Kuantan dan enam di Johor, Institut Kemahiran Mara (IKM) Larkin (Johor Bahru); Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing (Mersing); ILP Ledang (Muar); ILP Pasir Gudang (Johor Bahru), Kolej Radiography (Johor Bahru) serta Politeknik Johor Bahru di Pasir Gudang.

Kampus pengajian yang ditutup adalah kampus kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM) di Nibong Tebal, Pulau Pinang manakala PLKN terbabit adalah kem Sekakap, Mersing, Johor dan kem Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan.


Sekolah yang ditutup, Sekolah Menengah Kebangsaan Jit Sin (A) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Batang Padang, Bidor, Perak; Sekolah Menengah Sains Dungun, Terengganu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru di Taman Johor Jaya, Johor dan Sekolah Kebangsaan Serendah, Hulu Selangor, Selangor.

Selain itu, beberapa sekolah, institusi pendidikan, latihan dan PLKN dikuarantin berikutan penularan wabak itu.

Sekolah terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Putera dan SK Petaseh di Jelebu; Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemas; Sekolah Menengah Teknik Seremban dan Politeknik Port Dickson, di Negeri Sembilan manakala PLKN terbabit, di Port Dickson dan Kuala Pilah serta Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Rembau, Negeri Sembilan.

Sebuah lagi kolej pengajian yang dikuarantin adalah Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur. ( ini penting...muahaha )

Nasihat aku: Ibu bapa tinggalkan anak anda di situ....Jgn bawak pulang...Virus lebih senang merebak...Kesian org yg tak bersalah....haha

4 comments:

coklat said...

siyes...ak pn suka ayat yg last tu...tp cian giler,satu ayat je...org lain dapat tajuk besar..siap ad yg frontpage lg..huhu..

scr said...

x pa...kita low profile....biarkan KTSN (UKM KL) terus menjadi misteri...haha...da la ada di ceruk tasik ttwangsa...haha

NHMN said...

tp kite d bandar....njoy suda~~~...kte xmen populariti murahan...

scr said...

pergh...terhidu nada riak n bongkak di situ...haha..x pa che yah...btol gak tuh...hehe