Tuesday, December 21, 2010

Dugaan time cuti

Salam...
Mood menulis dah lama hilang.Sori sangat2.Sepanjang cuti ni macam2 perkara yang terjadi.Semuanya yang sedih2. Alahai !!! First sekali masa sebelum cuti,time exam, time tu aku demam teruk weyh. Exam pun lintang pukang. Habis ja exam, terus ajak ijat balik. Time tuh cik sakit. Ijat balik nk jaga cik. Then, cik demam and critical. Time tuh jugak la adik aku, Ikhlas suspect denggi.

Ibu dan abah aku kalot sangat time tuh. So aku dan mawan volunteer nak bawak Ikhlas ke klinik kerajaan di Bayan Baru. Masa tengah tunggu Ikhlas check up, dpt mesej dari kak g, gtaw cik dah tak ada. Terketar2 aku pegang henset tunjuk kat Mawan. Terkejut sangat. Cepat2 kami urus Ikhlas dan balik. Ikhlas pulak, kena masuk hospital pada hari yang sama. Balik ja rumah, ibu suruh siap pergi Guar Perahu. Ibu abah urus adik dulu lepas tuh baru pergi rumah cik. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan lancar. Terasa kehilangan arwah cik. Arwah seorang yang penyayang.

Adik aku dimasukkan ke hospital selama seminggu. Kesian melihat keadaannya di hospital. Tidak selesa dan tak lalu makan. Selepas seminggu, balik saja rumah, terus belai joran kesayangan. Ish ish ish. Tak taw serik. Asyik dengan pancing ja.

Lepas tuh, aku menerima sms dari kawan baikku meminta aku mendoakan kesejahteraan neneknya yang nazak akibat kanser. Keesokan harinya aku menerima sms darinya memberitahu neneknya telah kembali ke rahmatullah. Innalillah....

Setelah adikku sihat, abahku pula demam. Abah demam panas. Check up di GH, klinik kerajaan sebanyak 2x dan klinik swasta tak menunjukkan demam abah serius. Tp abah demam panas waktu malam. Malam yg paling teruk abah demam sehingga abah tak sedar dan meracau bukan2. Time tuh adik2 dan sepupu tak ada di rumah,keluar memancing. Ibu memanggil jiran untuk tolong angkat abah masuk rumah dan call ambulan.Abah meracau, turun bawah terus keluar naik moto. Jenuh aku,ibu,ammar nak tarik. Memg tak terangkat langsung.

Bila adik dan sepupu2 sampai, abah dah ada dalam rumah. Bernafas pun susah,mulut berbuih, berpeluh. Ibu menyuruh abah menyebut Allah sambil adikku, Ikhlas menekan pada dada kiri seperti yang disuruh oleh pakngah. Adik tak dapat mengawal perasaan, dia menangis teresak2,aku memegang tangannya sambil menekan dada abah. Akhirnya ambulan tiba dan membawa abah ke hospital. Aku dan adik2 tak dapat menahan sedih. Masing2 meluahkan perasaan sedih sambil bersiap untuk ke hospital.

Semasa di hospital, pakjang dan pakngah turut ada menemani kami semua. Terasa kuat sikit. Aku,ibu dan adik2 tak boleh nk menghadapi dugaan ini bersendirian. Terima kasih kepada semua keluarga yang tak putus2 memberi semangat kepada kami sekeluarga.

Malam itu, abah dimasukkan ke emergency room dan dipindahkan ke wad neuro sementara menunggu icu kosong. Abah kemudiaannya berada di dalam ICU 2 hari dan di masukkan semula ke wad neuro. Abah di hospital selama 2 minggu. Ini adalah 2 minggu yang paling menakutkkan bagi kami sekeluarga. Ini pertama kali kami berpisah dengan abah sebab abah sakit. Abah jarang sakit. Ibu sedikit kelam kabut untuk meneruskan kehidupan seharian coz ni kali pertama ibu dan abah berpisah. Aku perasan yang ibu cuba untuk tunjuk kuat di depan anak2, tapi di belakang kami, ibu menangis, teringatkan abah. Setelah 2 minggu, abah dibenarkan pulang. Alhamdulillah. Sekarang abah masih di rumah, berehat. Abah masih lemah so abah cuti lagi. Rehat baik2 yer abah !!!!

Semasa abah di hospital, abg mie dimasukkan ke hospital akibat denggi. Mintak maaf tak dapat pi melawat. Lepas tuh, mawan pula masuk hospital sebab accident. Alhamdulillah tak terok. Last sekali, result exam. Pergh!!!.ades...inshaAllah usaha lagi lepas ni...Klinik !!! Arrgh....

Sekarang ni semuanya dah kembali kepada normal. Aku bersyukur semua kejadian ni berlaku time aku cuti. Cuba bayangkan kalau semua ni terjadi time aku exam. Ya Allah, boleh gila.Semoga keluargaku dilindungi Allah sentiasa. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih kepada keluarga aku yang banyak memberi pertolongan dan semangat semasa abah sakit. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.



Sunday, October 10, 2010

salam


NOT IN THE GOOD CONDITION !!!!!......eeerrrr I mean, my mental stage....hehe....cuti kejap ehhh.....c yaaa.....


Sunday, August 29, 2010

Animals do feel something....

Sad ending of a true love...

He brought her food again, but was surprised to find her dead. He tried to move her …. an effort rarely seen, the swallows!

Aware that his beloved fellow has died and he will never see her again, Cries with adoring love.

He stood beside her, sad for her death.

Finally, aware that he would never make her come back, standing next to her body with sadness and pain.

video




video

Singa tuh mcm tak percaya tuan dia ada depan mata.Dia asyik pandang ja depa. Lepas tuh terus lari peluk tuan dia. Mesti dia rindu sangat2.Huwaaaaaaaa...


Binatang pun pandai tunjuk kasih sayang....lebih bagus dari manusia.....huhu....tetiba aku emo....

Yumi

Miki

p/s: agak2 2objek gemuk di atas ni sayang saya ka tak? Hahaha....

Source:
http://www.rockingfacts.com/
http://www.facebook.com/

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan is here !!!



He is the One GOD,
The Creator,the Initiator,the Designer.
To him belong the most beautiful names.
He is the Almighty, Most Wise.
Wishing you a blessed Ramadhan!

p/s: Selamat berpuasa dan menjalankan ibadat.Saya berharap di bulan yang mulia ini semua org bersabar.Jangan marah-marah.Supervisor,patient,patient's parent,clinician,student, org awam.Sabar OK !!!


Saturday, July 31, 2010

relax....

Yesterday,
All my troubles seemed so far away,
Now it looks as though they're here to stay,
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly,
I'm not half the man I used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.

Why she
Had to go I don't know, she wouldn't say.
I said,
Something wrong, now I long for yesterday.

Yesterday,
Love was such an easy game to play,
Now I need a place to hide away,
Oh, I believe in yesterday.

Why she
Had to go I don't know, she wouldn't say.
I said,
Something wrong, now I long for yesterday.

Yesterday,
Love was such an easy game to play,
Now I need a place to hide away,
Oh, I believe in yesterday.

Just love the lyrics for no particular reason. Keep on playing the song repeatedly. I just want to moving on with my life. Kind of happy with what am I right now. Wish for the happy ending. Not to forget, neither the obstacles nor the challenges that I have to face in the future. I know there are people that will never stop believing me. InshaAllah, one day.......

This was given to me by my lovely friend:

Bila hati berjuang kerana Allah,
Dugaan itu tempat bersinggah,
Keperitan ditelan sebagai juadah,
Kejayaan dianggap sebagai satu mimpi indah,
Andai ditakdirkan rebah,
Hati tetap redha kerana ALLAH.

Saturday, July 24, 2010

Penang travel guide.

Salam.
Cuti sem sudah habis. Sekarang masa untuk serius. Cuti kali ini aku asyik meronda ja. Habis satu Penang aku pusing. Tak pernah jemu. Aku dengan sepupuku, Hermawan mempunyai satu misi. Kami dah plan nk meronda sakan hanya untuk menangkap gambar. Mawan memg berseni dan minat snap apa saja. Mungkin mewarisi bakat ayahnya, blogger Warna Nostalgia yang mempunyai obsesi yang sama. Hehe. Aku pun tumpang sekaki. Suka bergambar tapi tak pandai tangkap gambar.Lagi pandai merosakkan gambar. =>. Serata ceruk Penang kami pusing. Yang bestnya, berhenti kejap2 ja. Lepas tangkap gambar, pergi tempat lain pula. Macam tak dak kerja kan. Yes memg kami tak ada kerja pun. Duduk rumah bosan. Balik rumah, malam2 edit gambar. Heaven !!!! Banyak lagi misi kami yang tak sempat nk achieve. InshaAllah Mawan, next time ok. Cuti kali ini juga aku berkesempatan bertemu rakan2 matrik yang 2 tahun tidak bertemu. Happy nya Allah saja yang tahu. Aku secara automatiknya menjadi pemandu pelancong tak bertauliah untuk mereka2 ini.

Dam Teluk Bahang

Shahrukh Khan


Salman Khan

Botanical Garden
Roomate masa di matrik (atie & kak ruby)


Mat bunga ini adalah adik saya (ammar)
Balik Pulau,makan durian

Menerima jemputan rakan2 dari b.pulau untuk makan durian di laksa janggus. Ohh saya tak makan durian. Hanya menengok dari dekat.Hehe


Taman Metropolitan


Pantai Jerjak


Pantai jerjak ni best. Destinasi wajib pergi. Saya recommend anda cuba laksa, popia basah dan rojak lidi. TERBAIK !!!!!!

Cak !!!
Permatang Damar Laut







Taman Belia

Ini kaki busuk Hermawan

Inilah Hermawan.sekian.kesian


Taman Negara,Pulau Pinang
Ini hasil buah fikiran Ammar. (mawan hangpa p nek ats,kami tangkap dari celah kayu ni !)



Ini juga destinasi wajib pergi. Jeti baru buat sangat best, Pemandangan yang menyejukkan mata. Air laut yang tidak tercemar.Agak jernih. Boleh sewa bot. Seratus lebih satu bot. Jadi ajak satu kampung, melawat pantai di kawasan sekitar. Masuk dalam taman negara kena bayar. Tp kalau setakat masuk dan berjalan sehingga pantai kerachut, FREE !!! Dalam hutan ini ada jambatan gantung. (tak sampai lagi) Bestlah !!!!
Taman Rimba

Kalau pergi lepas hujan, air lebih jernih. Mengikut pengalaman hamba la...hehe




Batu Feringgi

Padang Kota

Membawa Hermawan ke padang kota untuk masuk Fort Cornwallis. Tak pernah masuk sepanjang dia hidup,katanya, Bila dah bwk masuk, banyak complain pulak !!!

Sungai Sedim

Tasik Bukit Jambul


Terjumpa secara tak sengaja.

Wednesday, July 21, 2010

saya maw cerita ni ....

Salam...
Alhamdulillah,hari ni merupakan hari yang producktif la juga bagi aku. Minggu ni dah start klinikal.Semalam aku hanya berklinik di KASP (klinik audiologi dan sains pertuturan,UKM). Semalam sepatutnya aku mendapat seorang patient dewasa yang ada masalah hearing aid. Sayangnya, patient aku tak datang. Sejak Sabtu lagi aku bersiap mem'prepare'kan diri dengan ilmu berkaitan hearing aid. Aku belum ada apa2 lagi kelas mengenai hearing aid. Jadi, terpaksa baca sendiri serba sedikit. Punya la gabra tak tahu nak cakap macam mana dah. Malam semalam, patient aku mesej, dia tak boleh datang, ada kerja. Hmmmm....rasa terkilan jugak. Tapi semua benda Allah bagi ada kebaikannya. Semalam aku rasa demam makin teruk. So terus aku tutup buku, aku rehat. Alhamdulillah hari ni dah sihat sikit.

Seminggu ada 3 kali klinik. Hari isnin aku di Putrajaya, Selasa di KASP dan Rabu di Serdang. Masa mula2 dapat tahu placement masing2, students semua pening fikir mcm mana nak pergi hospital yang gila jauh. Mujur la supervisor dah beritahu yang kereta UKM disediakan bagi student yang perlu pergi ke Hospital Putrajaya dan Serdang. Untuk HUKM boleh naik bas UKM jer. Bagi Selayang kena usaha sendiri. Rasa macam nk melompat ja. Alhamdulillah kerja aku dimudahkan. Jimat duit lagi.Hehe

Hari ini aku di Hospital Serdang. Fuh !!! Gilerr kentang !!! Keadaan di hospital sangatlah tak sama dengan apa yang aku praktikkan di klinik. Di hospital mesti set kepala otak dengan prinsip 'redah aja' or anything can happen. Memg tak ada masa nak fikir panjang pun. Dapat patient, read patient's file, buat plan (5 saat kot) , call patient (mcm nurse jerit2 tuh...haha malu gila). Kebetulan hari Rabu memg hari busy sedunia Hospital Serdang,jd kami pun agak panic tp still terkawal. Patient saya hari ini haya 3 orang which is boleh tahan. Hehe.Kami bertiga ni masih lagi freshman, so bahagian audiologi hari ini terlambat sikit sebab sambil assess patient, kena jawab soalan supervisor lg, kena jawab soalan patient lg, discuss lagi.Tp best !!!! Hopefully ke 'best' an ni berterusan.Hehe.Paling best,hari ini saya dapat patient pediatric sorang. Dah lama tunggu nak main dengan budak, selalu dapat patient adult yang baik ja.Hehe.Overall saya puas hati dengan session hari ini. Harap2 lepas ni boleh improve lagi. Especially bahagian nk interview patient punya case history dan feedback time last dekat patient.

Rasa mcm hilang darah ja masa kena explain dekat patient. Sambil explain sambil berdoa supaya patient ni tak tanya soalan pening2 masa aku explain. Tak faham pun buat2 faham ja. Tp patient aku hari ni tanya soalan gempak siot !!! Berpeluh nak jawab. Boleh la sikit2.Supervisor pun heran, belajar mana ni. Dia pun tak pernah belajar theory aku explain kat patient. Hmmm paham2 jer la. =>. Tak pa,yang penting confident. Muka maw pandai cover. Tak pa la sekali sekala jd hipokrit.Hehe


See yaa !!! Wish me luck ok....

Penatnya !!!