Tuesday, December 21, 2010

Dugaan time cuti

Salam...
Mood menulis dah lama hilang.Sori sangat2.Sepanjang cuti ni macam2 perkara yang terjadi.Semuanya yang sedih2. Alahai !!! First sekali masa sebelum cuti,time exam, time tu aku demam teruk weyh. Exam pun lintang pukang. Habis ja exam, terus ajak ijat balik. Time tuh cik sakit. Ijat balik nk jaga cik. Then, cik demam and critical. Time tuh jugak la adik aku, Ikhlas suspect denggi.

Ibu dan abah aku kalot sangat time tuh. So aku dan mawan volunteer nak bawak Ikhlas ke klinik kerajaan di Bayan Baru. Masa tengah tunggu Ikhlas check up, dpt mesej dari kak g, gtaw cik dah tak ada. Terketar2 aku pegang henset tunjuk kat Mawan. Terkejut sangat. Cepat2 kami urus Ikhlas dan balik. Ikhlas pulak, kena masuk hospital pada hari yang sama. Balik ja rumah, ibu suruh siap pergi Guar Perahu. Ibu abah urus adik dulu lepas tuh baru pergi rumah cik. Alhamdulillah urusan jenazah berjalan lancar. Terasa kehilangan arwah cik. Arwah seorang yang penyayang.

Adik aku dimasukkan ke hospital selama seminggu. Kesian melihat keadaannya di hospital. Tidak selesa dan tak lalu makan. Selepas seminggu, balik saja rumah, terus belai joran kesayangan. Ish ish ish. Tak taw serik. Asyik dengan pancing ja.

Lepas tuh, aku menerima sms dari kawan baikku meminta aku mendoakan kesejahteraan neneknya yang nazak akibat kanser. Keesokan harinya aku menerima sms darinya memberitahu neneknya telah kembali ke rahmatullah. Innalillah....

Setelah adikku sihat, abahku pula demam. Abah demam panas. Check up di GH, klinik kerajaan sebanyak 2x dan klinik swasta tak menunjukkan demam abah serius. Tp abah demam panas waktu malam. Malam yg paling teruk abah demam sehingga abah tak sedar dan meracau bukan2. Time tuh adik2 dan sepupu tak ada di rumah,keluar memancing. Ibu memanggil jiran untuk tolong angkat abah masuk rumah dan call ambulan.Abah meracau, turun bawah terus keluar naik moto. Jenuh aku,ibu,ammar nak tarik. Memg tak terangkat langsung.

Bila adik dan sepupu2 sampai, abah dah ada dalam rumah. Bernafas pun susah,mulut berbuih, berpeluh. Ibu menyuruh abah menyebut Allah sambil adikku, Ikhlas menekan pada dada kiri seperti yang disuruh oleh pakngah. Adik tak dapat mengawal perasaan, dia menangis teresak2,aku memegang tangannya sambil menekan dada abah. Akhirnya ambulan tiba dan membawa abah ke hospital. Aku dan adik2 tak dapat menahan sedih. Masing2 meluahkan perasaan sedih sambil bersiap untuk ke hospital.

Semasa di hospital, pakjang dan pakngah turut ada menemani kami semua. Terasa kuat sikit. Aku,ibu dan adik2 tak boleh nk menghadapi dugaan ini bersendirian. Terima kasih kepada semua keluarga yang tak putus2 memberi semangat kepada kami sekeluarga.

Malam itu, abah dimasukkan ke emergency room dan dipindahkan ke wad neuro sementara menunggu icu kosong. Abah kemudiaannya berada di dalam ICU 2 hari dan di masukkan semula ke wad neuro. Abah di hospital selama 2 minggu. Ini adalah 2 minggu yang paling menakutkkan bagi kami sekeluarga. Ini pertama kali kami berpisah dengan abah sebab abah sakit. Abah jarang sakit. Ibu sedikit kelam kabut untuk meneruskan kehidupan seharian coz ni kali pertama ibu dan abah berpisah. Aku perasan yang ibu cuba untuk tunjuk kuat di depan anak2, tapi di belakang kami, ibu menangis, teringatkan abah. Setelah 2 minggu, abah dibenarkan pulang. Alhamdulillah. Sekarang abah masih di rumah, berehat. Abah masih lemah so abah cuti lagi. Rehat baik2 yer abah !!!!

Semasa abah di hospital, abg mie dimasukkan ke hospital akibat denggi. Mintak maaf tak dapat pi melawat. Lepas tuh, mawan pula masuk hospital sebab accident. Alhamdulillah tak terok. Last sekali, result exam. Pergh!!!.ades...inshaAllah usaha lagi lepas ni...Klinik !!! Arrgh....

Sekarang ni semuanya dah kembali kepada normal. Aku bersyukur semua kejadian ni berlaku time aku cuti. Cuba bayangkan kalau semua ni terjadi time aku exam. Ya Allah, boleh gila.Semoga keluargaku dilindungi Allah sentiasa. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih kepada keluarga aku yang banyak memberi pertolongan dan semangat semasa abah sakit. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.



4 comments:

Bearcat said...

Semoga segalanya akan tenang selepas ini...Aminn.

Unknown said...

Miki pulak kesian tak dapat merembeskan nafsu dekat betina2 yang lain..

sore loser..kesian

hentian said...

salam ziarah. lama sepi. jaga usus ya...

Anonymous said...

Aladin88 adalah Master Agen Betting Online Terpercaya. Kami menyediakan jasa pembuatan account betting online dari permainan SBOBET, IBCBET, 368BET (CMDBET), Winnning FT, Ubobet, SBO Casino 338a, Ion Casino, CBO855, Tangkasnet, Tangkas88, 9Joker, Klik4D, Isin4D, dan AsiaPoker77.
YM: cs1.aladin88@yahoo.com
Pin BB: 2B1D5AD1
WeChat : aladin88cs
Whatsapp: +855962761968
SMS: + 6281287457208